awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita perlu ada inisiatif majukan perniagaan - Dr Wan Azizah

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/03/2019
06:38 MYT
Wanita perlu ada inisiatif majukan perniagaan - Dr Wan Azizah
DR WAN AZIZAH: Mana-mana wanita yang ingin berjaya perlu memiliki kesabaran, kesanggupan untuk berkorban dan memiliki disiplin yang tinggi. -Gambar fail
Wanita yang terpilih untuk Program Pembangunan Keusahawan Wanita (WEP) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tidak boleh terus berpeluk tubuh dan perlu mengambil inisiatif lain untuk memajukan perniagaan mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mana-mana wanita yang ingin berjaya perlu memiliki kesabaran, kesanggupan untuk berkorban dan memiliki disiplin yang tinggi.
"Usaha PLUS ini membuktikan pihak swasta juga boleh memainkan peranan mereka memajukan masyarakat dan tidak hanya bergantung kepada program-program atau bantuan daripada pihak kerajaan sahaja. Inilah yang dinamakan sebagai 'Giving back to society'.
"Inisiatif PLUS ini seharusnya dilihat sebagai contoh bagaimana pihak swasta dan syarikat-syarikat korporat lain boleh membantu pihak kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran WEP di sini, pada Isnin.
PLUS memperuntukkan kira-kira RM5 juta bagi melaksanakan WEP dalam usaha memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di kawasan rehat dan rawatnya.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan menawarkan kursus latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada 20 wanita setiap tahun dalam jangka masa lima tahun.
Dalam pada itu, kata Wan Azizah, WEP adalah bertepatan dengan Sambutan Hari Wanita yang disambut pada 8 Mac.
"Sambutan Hari Wanita ini diraikan oleh hampir kesemua negara di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan wanita dan memperjuangkan agenda wanita.
"Tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini adalah seimbang untuk sejahtera dan selaras fokus kementerian bagi tahun 2019 yang akan memberikan penekanan kepada usaha dan penekanan kepada inisiatif untuk mengarusperdanakan kesaksamaan gender," ujarnya.
Tambahnya, kerajaan menyedari bahawa kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita akan memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, dengan kira-kira 99 peratus perniagaan di negara yang berada di dalam kategori PKS.
"Daripada jumlah tersebut, sekitar 20 peratus perniagaan dimiliki, dikendalikan atau dikelolakan oleh wanita," katanya.
Topic Berkaitan
#disiplin yang tinggi
#PLUS Malaysia Berhad
#Program Pembangunan Keusahawan Wanita
#Wan Azizah
#WEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan