awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita PKR sedia namakan calon gantikan Khalid - Zuraida

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2014
01:11 MYT
Wanita PKR sedia namakan calon gantikan Khalid - Zuraida
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mempersoalkan kredibiliti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan beliau.
Memetik laporan mole.my, Zuraida menganggap Khalid sebagai "angkuh" dan tidak memainkan peranan beliau dalam parti selain bertindak secara pasif.
"Beliau boleh lakukan tugas dengan lebih baik jika menerima pendapat daripada ahli-ahli parti. Tindakan beliau mencerminkan beliau sebagai angkuh untuk menerima nasihat daripada orang lain," katanya kepada portal berita berkenaan.
Ahli Parlimen Ampang itu turut menegur Khalid kerana tidak bersedia untuk menangani masalah di negeri Selangor.
"Sudah dua penggal beliau memerintah kerajaan negeri dan dia seharusnya memiliki persediaan dan pandangan jauh tentang masalah-masalah yang akan dilalui di negeri ini," tambah beliau.
Beliau turut mengesahkan kepada portal berita itu bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sebagaisatu langkah untuk menggantikan beliau.
"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh melakukannya, kerana komplikasi undang-undang, kami akan menamakan calon seterusnya yang layak untuk menggantikan Khalid," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan