Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesyorkan supaya satu undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita, termasuk yang berkaitan gangguan seksual.
Ketuanya Haniza Talha berkata setakat ini belum ada peraturan khusus yang ditetapkan mengenainya, kerana apa yang ada kini hanya garis panduan untuk menangani gangguan seksual ditempat kerja, dan ia tidak memadai kerana ada yang buat kesalahan tetapi hanya diberi amaran.
"Kita mahu kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga lebih tegas dalam perkara ini supaya pesalah dikenakan tindakan sewajarnya dan hak wanita terbela," katanya kepada pemberita di Konvensyen Wanita Keadilan Zon Timur 2019 pada Sabtu.
Konvensyen dengan tema "Hentikan Keganasan Terhadap Wanita" itu turut dihadiri Ketua Wanita PKR Zon Timur, Nor Hanazalmah Mat Yusoff (Kelantan), Sitarunisah Ab Kadir (Pahang) dan Sharifah Norhayati Syed Omar (Terengganu).
Haniza berkata semakin banyak kes membabitkan keganasan terhadap wanita dilaporkan, namun oleh kerana tiada peraturan khusus dan bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja, pihak wanita biasanya mengambil pendekatakan mendiamkan diri dan terus berada dalam lingkaran keganasan itu.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata wanita yang terlibat dengan keganasan boleh mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma yang disediakan pihaknya di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 02 2019
Haniza berkata semakin banyak kes membabitkan keganasan terhadap wanita dilaporkan.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
PRU15: Tambah lebih banyak kerusi untuk calon wanita- Haniza Talha
Setiausaha Wanita Parti Perikatan Nasional, Haniza Talha mencadangkan agar kerusi ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-14 wanita dikekalkan untuk PRU15 nanti.
PRN Sabah: Calon wanita perlu diangkat, diketengahkan
Wanita perlu diangkat dan diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi memastikan keseimbangan dalam usaha membuat keputusan serta hala tuju negara.
Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Kecewa Anwar langgar janji, Azmin beri bayangan tak hadir penutup Kongres
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati janji.
Syarat ketat bank jejas pemilikan Rumah Selangorku
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha berkata jumlah yang berjaya mendapatkan rumah itu agak rendah kerana berlaku kekangan pembiayaan daripada pihak bank.
Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita
Belum ada peraturan khusus yang ditetapkan, kerana apa sebaliknya hanya garis panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja.
Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi
Wanita PKR mendesak kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan JPP atas kegagalan sistem e-undi.
Zuraida umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Wanita PKR
Beliau dalam proses untuk menyerahkan tugas tersebut kepada timbalannya Haniza Talha.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak
Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.