awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita potong kemaluan suami tukar pengakuan

Raffi Bachik
Raffi Bachik
22/02/2016
06:25 MYT
Wanita potong kemaluan suami tukar pengakuan
Fatimah Abdullah, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil. - Foto Fail
Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menangguhkan kes seorang wanita yang sebelum ini mengaku bersalah memotong kemaluan suaminya selepas menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Pada 28 Januari lalu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika itu membuat pengakuan bersalah dan hakim menetapkan pada Isnin sebagai tarikh keputusan sementara menunggu laporan perubatan lengkap mangsa.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Pakistan, Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau dan mampu menyebabkan kematian pada 20 Januari lalu di Batu Kikir di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Kesesakan yang boleh dihukum penjara 20 tahun, denda dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nik Azhan Nik Mahmood dan Nabilah Mohammad Zanudin.
manakala tertuduh diwakili peguam j gunamalar, parmjit singh dan shamser singh.
Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 11 April depan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen Kuala Pilah
#potong kemaluan suami
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan