KOTA TINGGI: Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui hasratnya dan isteri Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.
"Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arwah pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.
"Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, dekat sini hari ini.
Menurutnya lagi Nurul Nazihah, 28, baru sahaja kembali bekerja dua hari lepas dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.
BACA: Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan
BACA: "Cukuplah Allah sebagai tempat bagi kami" - Coretan terakhir mangsa rentung dalam kemalangan undang sebak netizen
Kamalul berkata meskipun sedih dengan pemergiaan anaknya itu, dia reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.
"Apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa keadaan jasad arwah masih sempurna, saya rasa syukur dan yakin ini mungkin berkat amalannya ketika hidup yang sangat tegas dalam bab agama," katanya sambil menyifatkan anaknya itu seorang yang ceria dan penyayang.
Sementara itu, sepupu kepada suami mangsa, Nurizzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata suami mangsa, Redzuan Jamil masih trauma dengan kejadian yang berlaku sehingga mengigau bertanya tentang isterinya malam tadi.
Katanya sepupunya itu ada bercerita bahawa ketika kejadian dia berusaha menyelamatkan Nurul Nazihah atau lebih mesra dipanggil Azi, yang tersepit tetapi gagal sehingga orang awam bertindak menyelamatkan Redzuan melalui pintu belakang kereta.
"Saya memang tak sangka sebab Azi seorang yang periang, kelakar dan suka ambil gambar atau video" katanya.
Terdahulu, tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dalam suasana hiba.
Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, dekat sini sebaik sahaja jenazah tiba dan disembahyangkan.
Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam tadi.
Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
Allahyarham Nurul Nazihah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, dekat sini sebaik sahaja jenazah tiba dan disembahyangkan. - Gambar/ Gempak
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Difahamkan, dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat.
MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia
Insentif itu dilihat memenuhi komitmen kerajaan di bawah Bajet 2024 untuk memperkenalkan insentif cukai berasaskan hasil.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan Akaun Satelit Sukan - Hannah
Ia antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Wanita rentung, suami melecur dalam kebakaran
Seorang wanita rentung manakala suaminya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Gerowot di Kuala Penyu pada pagi awal Ahad.
Pemandu lori terlibat kemalangan dua rentung direman empat hari
Lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
JPJ ingatkan pemandu lori jangan 'kejar trip', utama keselamatan
JPJ akan mengambil tindakan susulan terhadap mana-mana kenderaan komersial yang terbabit dalam kemalangan sekiranya didapati gagal mematuhi aspek teknikal ditetapkan.
Wanita rentung: "Awak keluar kereta dulu", kata-kata terakhir Nurul Nazihah pada suami
Suami mangsa Redzuan Jamil, 28, berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta.
Wanita rentung kemalangan sempat capai hasrat tunai umrah
Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Mayat terbakar: Pemandu lori didakwa bunuh Che Janiah
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.