awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi hampir RM200,000 terperdaya pinjaman wang tidak wujud

Bernama
Bernama
08/01/2024
15:34 MYT
Wanita rugi hampir RM200,000 terperdaya pinjaman wang tidak wujud
Polis berkata wanita berusia 32 tahun itu mendakwa menemukan iklan pinjaman wang di Facebook sebelum berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang menawarkan pinjaman wang sebanyak RM250,000. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pekerja swasta di sini kerugian RM194,560 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata wanita berusia 32 tahun itu mendakwa menemukan iklan pinjaman wang di Facebook sebelum berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang menawarkan pinjaman wang sebanyak RM250,000.
"Mangsa membuat pembayaran deposit serta wang proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dan antara 21 Dis hingga 2 Jan lepas wanita itu membuat pembayaran ke pelbagai akaun bank yang diberikan sindiket keseluruhan berjumlah RM194,560.
"Bagaimanapun, mangsa gagal mendapatkan wang pinjaman tersebut. Dia yang curiga kemudian membuat laporan polis pada 5 Jan lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Justeru, Arifai menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pinjaman wang secara dalam talian dan segera membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pinjaman wang tidak wujud
#Polis Daerah Seremban
#dalam talian
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan