awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2024
10:45 MYT
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Tangkap layar video Nurnazrah yang menunjukkan kedudukan tandas bersebelahan dengan pintu biliknya.
SHAH ALAM: Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik @harszan atau nama sebenarnya Nurnazrah Abd Samat, anggota penguat kuasa tersebut didakwa turut memberi amaran untuk memecah masuk bilik kerana menyangkakan dirinya adalah seorang lelaki.
Menceritakan pengalaman tersebut, dia pada awalnya memilih menginap di bilik hotel pada harga RM44 satu malam itu untuk berehat selepas menyelesaikan urusan kerjanya.
Nurnazrah berkata, dia berada di tandas ketika anggota JAIS mengetuk pintu biliknya berulang kali.
Ujarnya, tandas tersebut berada bersebelahan dengan pintu bilik hotel membolehkan dia mendengar suara pegawai itu dari luar.
“Saya tanya siapa (yang ketuk pintu), selepas itu orang di luar kata mereka ialah JAIS. Saya fikir siapa yang bergurau pada waktu malam macam ini,” katanya dalam hantaran video dimuat naik pada Khamis.
Menurut Nurnazrah, terkejut dengan situasi berkenaan, dia memberitahu supaya diberikan masa untuk memakai baju sebelum anggota penguat kuasa itu memberi amaran untuk memecahkan pintu biliknya.
“Anggota JAIS itu macam marah-marah, mereka kata akan kira sampai 10 dan jika tidak buka pintu, mereka akan pecahkan pintu,” ujarnya.
Ulasnya, selepas membuka pintu berkenaan, pegawai JAIS terkejut melihat penampilan dirinya yang memakai tudung.
Kata Nurnazrah, meskipun telah memaklumkan dia adalah wanita, namun anggota berkenaan meminta kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
“Kami ingat awak lelaki tadi, patut lah lambat sangat buka pintu. Patut cakap awak perempuan,” menurutnya.
Nurnazrah turut menjelaskan bahawa dia tidak marah dengan tindakan anggota penguat kuasa tersebut kerana faham dengan tugas mereka, sebaliknya menganggap situasi itu sebagai satu pengalaman lucu untuk dikongsikan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#wanita suara garau
#JAIS
#hotel bajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan