JOHOR BAHRU: Seorang wanita dipercayai terlelap ketika memandu menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kilometer 61, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di Kota Tinggi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa Nurul Ain Shamyra Shariff, 22, menaiki kereta Proton Persona seorang diri dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi.
"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan kerana dipercayai mangsa terlelap ketika memandu sebelum kenderaannya terbabas ke dalam sungai dan terbalik.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian leher manakala keretanya rosak serta remuk pada bahagian bumbung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima laporan kejadian itu pada 7.37 pagi sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi.
"Mangsa telah dikeluarkan dari kereta oleh orang awam. Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan kereta mangsa dari sungai menggunakan pengusung dan tali.
"Ketika kejadian mangsa difahamkan dalam perjalanan menghala ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng," katanya sambil menambah, operasi menyelamat ditamatkan pada 8.18 pagi.
Mohd Rafi berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Air Tawar 2 sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terpangkap dalam kereta Proton Persona dipandunya, selepas hilang kawalan dipercayai terlelap lalu terbabas ke dalam sungai. - Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
1 maut, 7 cedera van terbabas rempuh pokok
Ketika kejadian keadaan lokasi kejadian gelap dan kurang pencahayaan lampu jalan ditambah hujan lebat dan permukaan jalan basah.
Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas
Kedua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu
Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
Individu rentung kereta terbabas, terbakar dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan ia terbakar 98 peratus.
Pelajar 17 tahun maut, motosikal terbabas awal pagi
Pelajar berusia 17 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Dua beranak maut motosikal terbabas langgar tiang lampu
Mangsa bersama anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka terbabas.
Pemandu tersepit, kereta terbabas masuk parit
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
Penunggang motosikal lawan arus maut terbabas di Ipoh
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.