SEBERANG PERAI:Seorang wanita warga emas tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
Suspek bagaimanapun telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 petang semalam (Selasa) di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya.
Dalam kejadian itu, seekor lagi kucing mengalami kecederaan di bahagian mulut.
Seorang saksi memberitahu, sewaktu kejadian, dia bersama seorang lagi rakan sedang memberi makan kepada beberapa ekor kucing terbiar di kawasan tersebut.
Namun, secara tiba-tiba seorang wanita yang turut tinggal di kawasan itu dilihat mengambil sebatang besi dari dalam kenderaannya sebelum bertindak memukul dua ekor kucing yang sedang makan.
Menurutnya, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab wanita terbabit, kucing yang sedang sarat bunting itu mati ditempat kejadian manakala seekor lagi mengalami kecederaan teruk pada mulut.
Berikutan kejadian itu, dia bersama rakan telah membuat laporan polis termasuk melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Veterinar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad yang mengesahkan menerima laporan itu berkata, pengadu mendakwa ada mendengar wanita terbabit merungut mengenai kucing-kucing terbiar di situ yang membuang najis di hadapan rumahnya.
Akibat tidak berpuas hati, suspek telah bertindak memukul haiwan berkenaan sehingga mati.
Katanya, Jabatan Veterinar yang menerima maklumat berhubung kejadian segera ke lokasi bagi mengambil kucing yang cedera untuk dirawat di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.
Shafee berkata, suspek wanita yang berusia 51 tahun itu bekerja sebagai broker dan tiada rekod jenayah lampau.
Malah katanya suspek juga telah ditahan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Dec 30 2020
Seorang wanita warga emas tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati. - Foto ihsan orang ramai
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Wanita tular pukul kucing bunting hingga mati ditahan - Polis
Wanita terbabit wanita didengar merungut mengenai kucing-kucing terbiar di situ yang membuang najis di hadapan rumahnya.