awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO Sabah sokong Shahrizat

Bernama
Bernama
03/09/2013
23:38 MYT
Wanita UMNO Sabah sokong Shahrizat
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti akan datang, mendapat sokongan dan restu bahagian-bahagian Wanita di Sabah dan Labuan.
Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Ketua Wanita Umno Labuan Datuk Aini Safar memberitahu Bernama kualiti kepimpinan ditunjukkan Shahrizat wajar diiktiraf dan beliau patut terus menerajui pergerakan itu.
Menurut kedua-dua pemimpin Wanita itu, pelantikan Shahrizat sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri mengenai hal ehwal wanita merupakan satu pengiktirafan terhadap pergerakan itu.
Armani berkata semua 25 bahagian Wanita Umno di Sabah telah sebulat suara mengikrarkan sokongan kepada Shahrizat.
"Sokongan ini adalah ikhlas dan bukan bermotifkan politik, Shahrizat telah membantu banyak exco dan anggota jawatankuasa Wanita untuk menjadi pemimpin dalam bidang dan lapangan masing-masing. Dengan itu, kami akan terus menyokong beliau.
Terdapat banyak perancangan untuk Wanita yang masih belum direalisasikan dan dilaksanakan. Beliau patut diberi lebih banyak masa untuk melakukan tugasnya," katanya.
Aini pula berkata: "Shahrizat telah menerajui pergerakan Wanita sejak 2008, dan beliau telah berjaya menaikkan imej pergerakan ke tahap amat dihormati. Oleh itu, kami yakin dengan kualiti kepimpinannya dan kami di Labuan akan terus menyokong dan memastikan kemenangannya."
Topic Berkaitan
#pemilihan
#Sabah
#shahrizat
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan