KUALA LUMPUR: Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang, ketika mangsa berusia 64 tahun sedang berjalan kaki bersama dua cucunya berusia 17 dan 15 tahun, di tepi jalan berhampiran kuil terbabit.
"Mangsa kemudiannya ditolak oleh suspek yang cuba menarik rantai leher warga emas itu. Ketika kejadian berlaku, terdapat saksi awam yang melihat dan menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai ditarik sehingga putus dan jatuh di atas jalan.
"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
"Kita menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada dalam menjaga keselamatan harta masing-masing semasa mengunjungi serta merayakan Thaipusam di Kuil Batu Caves," katanya.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Yap Chin Chua di talian 019-9969469 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam. - Gambar Astro AWANI
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.