GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan, November tahun lepas.
Tan Leuk Ley, 76, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.
Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Mohammad Afiq Roszani, 23, di Jalan Bukit Gambir, di sini, pada pukul 2.15 petang, 27 Nov, 2023.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal ditunggang Mohd Nor Ezrie Ahamad Nordin, 40, bersama pembonceng Nur Irfan Hakim Mohd Nor Ezrie, 15, di tempat, hari dan masa yang sama.
Untuk pertuduhan ketiga, juga di tempat, hari dan masa yang sama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Muhammad Syamil Zulkarnain, 22 dan pembonceng Kristina Abdulllah, 22.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali, memohon jaminan RM30,000 dikenakan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Peguam tertuduh, Dev Kumaraendran memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya merupakan seorang pesara kerajaan dan bergantung kepada wang pencen berjumlah RM1,800 sebulan.
''Anak guam saya juga mempunyai penyakit ketumbuhan di dalam telinga yang menyebabkan telinganya mengalami masalah pendengaran.
''Dia juga masih mendapatkan rawatan penyakit berkenaan di hospital dan sejak hari kejadian dia sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis,'' katanya.
Majistret Siti Nurul Suhaila menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia serta ahli keluarganya tidak dibenarkan menganggu mangsa-mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Tan Leuk Ley didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan, November tahun lepas. - Foto Bernama
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
Wanita warga emas didakwa memandu secara berbahaya, sebabkan kemalangan tiga motosikal
Seorang wanita warga emas didakwa atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan.
Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar.
Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.