KUALA LUMPUR: Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata selain mempunyai sejarahnya tersendiri TERKL juga berada di lokasi yang strategik selain mudah untuk diakses, termasuk kepada pelancong asing.
"Mungkin bila orang dengar Bukit Nenas mereka fikir sekolah, mereka fikir Menara KL, tak terfikir di sini ada satu Taman Eko Rimba yang ada sejarahnya tersendiri. Bukan sahaja flora, fauna juga ada.
"Sambutan sebenarnya sangat baik, tetapi saya rasa boleh pergi lebih jauh lagi sebab tidak banyak bandar raya di dunia yang boleh tawarkan satu hutan rimba yang ada di tengah-tengah kota raya. Jadi inilah keunikan Taman Eko Rimba di sini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke taman tersebut, hari ini.
Nik Nazmi berkata pihaknya juga sudah membuat beberapa permohonan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi meningkatkan lagi aktiviti promosi dan menaik taraf fasiliti di taman itu.
Terdahulu beliau bersama Pengerusi Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan negeri Perlis Megat Hashirat Hassan merasmikan sesi pelepasan peserta Visit Perlis dan Green Fun Ride and Run serta Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau di Dataran Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program anjuran kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Pertubuhan Nadi Sihat itu dianjurkan bersempena dengan ambang sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata program itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat, selain meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan memelihara sumber hutan.
"Program ini juga bertujuan mempromosi negeri Perlis bersempena dengan Tahun Melawat Perlis serta memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dengan mengadakan aktiviti perpaduan untuk orang ramai," menurut kenyataan itu.
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2024 akan diadakan pada 24 hingga 26 Mei ini di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis.
Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah pameran tumbuhan herba, orkid, bonsai; pameran Agensi Kerajaan yang berkaitan penjagaan alam sekitar; Kem Biodiversiti, Bengkel Kenali dan Sayang Hutan; Bengkel Kesenian Penggunaan Peralatan Muzik dan Kebudayaan; Persembahan pada Malam Nakawan Rainforest Festival, Pertandingan memasak makanan daripada sumber hutan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Nik Nazmi (tengah) mendengar penerangan daripada petugas ketika melawat TERKL hari ini. - Gambar/ Bernama
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.