awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis
BISNES
AMNC25: Perdagangan global di ambang perubahan ketara, kuasa ekonomi beralih ke Negara-Negara Selatan - Li Qiang
MALAYSIA
Malaysia, Kyrgyzstan senada iktiraf Afghanistan di pentas antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita warga emas rugi hampir RM700,000 ditipu sindiket 'phone scam'

Bernama
Bernama
24/06/2025
12:02 MYT
Sponsor Banner
Wanita warga emas rugi hampir RM700,000 ditipu sindiket 'phone scam'
Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon pada 12 Mei lalu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah bank. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang pesara kilang di Bayan Lepas kerugian hampir RM700,000 selepasmenjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank dan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 65 tahun itu membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam selepas menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket tersebut.
Katanya mangsa mendakwa menerima panggilan telefon pada 12 Mei lalu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah bank, ketika dia berada di rumahnya di di sini.
Menurutnya lelaki berkenaan memaklumkan terdapat penyalahgunaan kad kredit jenis Platinum Master yang didaftarkan atas nama mangsa, namun wanita itu menafikan memiliki kad berkenaan.
"Panggilan itu kemudiannya disambungkan, kononnya, ke balai polis di Johor dan mangsa bercakap dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis serta memaklumkan bahawa mangsa kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata suspek meminta mangsa menyerahkan semua wang miliknya bagi tujuan audit dan memberi jaminan bahawa wang tersebut akan dipulangkan selepas siasatan selesai, serta mengugut untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya mangsa enggan mematuhi arahan.
Beliau berkata akibat rasa takut dan panik, mangsa telah melakukan 27 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke dalam tiga akaun bank yang berbeza sejak 19 Mei hingga 5 Jun, melibatkan jumlah RM696,513.50.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#mangsa kerugian
#scam
#phone scam
#sindiket penipuan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami