awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing cuba cabul kanak-kanak perempuan ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2025
05:40 MYT
Warga asing cuba cabul kanak-kanak perempuan ditahan
Lelaki ditahan selepas cuba melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di Tawau. -Sinar Harian
TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba membuat gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di daerah ini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Tawau.
  • Suspek diupah untuk mengupas kelapa dan mengambil kesempatan ketika mangsa bersendirian di rumah, namun mangsa berjaya melarikan diri.
  • Suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa jam 1.33 tengah hari mendakwa anaknya diganggu secara seksual oleh suspek.
"Suspek diupah pengadu melakukan kerja mengupas kelapa dan ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian di rumah selepas ibunya keluar menghantar dua abangnya yang bersekolah menengah sebelum kembali mengambilnya pula yang bersekolah petang.
"Suspek dikatakan memanggil mangsa melalui pintu di dapur dan apabila mangsa membuka pintu, suspek meluru masuk ke dapur dan memintanya membuka pakaian seragam sekolah.
"Mangsa yang terkejut dan ketakutan terus melarikan diri melalui pintu hadapan dan menunggu ibunya di rumah jiran berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau segera ke lokasi dan berjaya menahan suspek.
"Hasil pemeriksaan, suspek berusia 31 tahun didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah untuk menetap di negara ini.
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#gangguan seksual
#kanak-kanak perempuan
#Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan