awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing maut selepas jatuh dari bumbung kilang di Rembau

Bernama
Bernama
18/04/2025
02:10 MYT
Warga asing maut selepas jatuh dari bumbung kilang di Rembau
Ketika kejadian, warga Pakistan itu bersama tiga rakan sekerja sedang melakukan kerja-kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Seorang lelaki Pakistan maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan solar di sebuah kilang di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata lelaki berumur 21 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian pada 11.47 pagi itu.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa lelaki berkenaan bersama tiga rakan sekerja sedang melakukan kerja-kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang berkenaan.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai berjalan di atas bumbung tanpa memakai tali pinggang keselamatan sebelum bumbung pecah, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 12 meter," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azmi berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 12.15 tengah hari oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pedas, dan mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jatuh dari bumbung
#kilang
#Rembau
#warga asing maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan