KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu siap siaga dalam menghadapi situasi peningkatan ancaman keselamatan serantau dan global terutamanya strategi peperangan hibrid dengan menguasai dan mendalami aspek 4M, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
4M berkenaan merangkumi Man, Machine, Method dan Mates.
Beliau berkata empat aspek itu penting itu agar tahap kesedaran, kompetensi serta kebersamaan dalam pasukan menjadi lebih kukuh dan utuh.
"Penguasaan ini bagi membolehkan anggota ATM diatur gerak dalam pelbagai tugasan pada bila-bila masa dalam menghadapi apa-apa jua ancaman mendatang dengan lebih efektif dan efisien.
"Sebagai benteng utama pertahanan negara, aspek berkenaan perlu sebagai persediaan bagi cabaran dan ancaman terutamanya dalam menghadapi situasi keselamatan serantau dan global yang tidak menentu serta dibayangi peningkatan ancaman keselamatan bukan tradisional," katanya dalam perutusan khas sempena Hari ATM ke-88 disambut hari ini menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.
Affendi berkata lebih dikhuatiri, ancaman masa kini hadir secara tidak bersemuka atau melalui medium baharu.
Beliau berkata strategi peperangan Hibrid atau Hybrid Warfare diaturgerak pelbagai anasir, dengan memanipulasikan secara aktif kemajuan Revolusi Industri 4.0 terkini sebagai medium serangan mereka.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM sedang melihat kaedah penyelesaian secara holistik dan seimbang yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada kelestarian kualiti hidup veteran ATM, sekali gus menaikkan martabat mereka.
"Walaupun Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dipertanggungjawab untuk memantau dan memelihara kebajikan mereka, namun, perlu diingat bahawa usaha dan insentif yang diberi bukanlah bersifat kekal.
"Ini kerana keberkesanannya banyak bergantung kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan selain sumbangan dan ehsan oleh syarikat dan juga orang perseorangan," katanya.
Affendi turut melahirkan kebimbangan anggota tentera yang akan menamatkan perkhidmatan terjerumus ke dalam kumpulan pendapatan isi rumah di bawah paras atau di kategori B40 dalam situasi peningkatan kos sara hidup tinggi ketika ini.
"Ia diburukkan lagi dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu akibat isu lambakan tenaga kerja yang semakin meningkat ketika ini," katanya.
Hari ATM yang disambut pada 16 Sept setiap tahun akan diadakan secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Affendi menyampaikan perutusan khas sempena Hari ATM ke-88 hari ini menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Warga ATM perlu siap-siaga hadapi ancaman keselamatan global - Panglima ATM
Empat aspek itu penting agar tahap kesedaran, kompetensi serta kebersamaan dalam pasukan menjadi lebih kukuh dan utuh.