awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga China sewa empat banglo mewah jadi pusat judi

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2019
10:52 MYT
Warga China sewa empat banglo mewah jadi pusat judi
Serbuan berjaya merampas 66 unit komputer riba, 23 set komputer, 555 telefon pintar dan 11 modem dan router. - Astro AWANI
Modus operandi sindiket perjudian dalam talian menggunakan empat buah banglo tiga tingkat terbongkar dengan penahanan 98 warga asing dari China dipercayai pekerja pusat judi.
Serbuan kira kira jam 10.30 pagi Rabu itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara, ibu negara.
Operasi yang dinamakan Op Dadu itu diketuai Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin.
Siasatan mendapati sindiket berkenaan disyaki aktif mengendalikan pertaruhan sejak awal tahun lalu dengan mengaut keuntungan dianggarkan berjumlah lebih RM72,000 sehari untuk keempat-empat banglo.
Penahanan itu termasuk 15 wanita berusia 19 hingga 65 tahun yang bekerja sebagai penyelia menguruskan transaksi pertaruhan.
“Dalam laman web itu, mereka menggunakan aplikasi permainan berunsurkan perjudian yang menyasarkan pelangggan dari China. Dalam laman web ini juga terdapat judi jenis loteri jackpot slot dan juga table game,” ujar Mohd Hedzir.
Serbuan berjaya merampas 66 unit komputer riba, 23 set komputer, 555 telefon pintar dan 11 modem dan router.
Mohd Hedzir berkata, mereka yang ditahan masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dan menerima gaji antara RM3,000 hingga RM6,000.
Mereka juga tidak dibenarkan bergerak bebas dan keluar dari banglo terbabit.
Pembayaran taruhan dibuat menerusi WeChat dan transaksi melibatkan perbankan dalam talian menggunakan bank dari China.
Setakat ini polis masih mengesan pemilik kesemua empat unit banglo bagi menyiasat jika wujud unsur subahat ketika menyewakan banglo terbabit.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41c Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#banglo
#casino
#judi dalam talian
#mont kiara
#PDRM
#polis
#pusat judi
#sindiket penipuan
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan