KUALA TERENGGANU:Sambutan Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini pastinya amat janggal buat seorang warga emas Lim Seng.
Di kala umurnya genap 100 pada tahun ini, Lim atau lebih mesra dipanggil Po Po Lim (bahasa Mandarin Po Po bermaksud nenek) buat pertama kalinya tidak dapat menyaksikan tarian singa, tarian naga serta perarakan tanglung seperti kebiasaan perayaan Tahun Baharu Cina.
Lebih menyedihkan, Lim yang menyambut ulang tahun kelahiran pada Sabtu lepas, terpaksa meraikan Tahun Baharu Cina tanpa kehadiran kesemua anak, cucu dan cicitnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Memang sedih sebab anak-anak saya ada yang tinggal di Singapura dan Kuala Lumpur serta cucu di England. Selalunya, mereka akan balik seminggu sebelum raya untuk bantu kemas rumah dan sebagainya.
"Tapi saya tidak boleh marah mereka kerana ada penyakit (COVID-19) yang menghalang mereka pulang ke kampung. Saya harap tahun depan penyakit sudah hilang, saya pun boleh raya dengan meriah seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama di rumah kedainya di Kampung Cina di sini.
Bagaimanapun, Lim yang mempunyai tiga anak, 10 cucu dan lapan cicit tetap bersyukur kerana acara makan besar pada petang Khamis ini masih dibenarkan meskipun terhad kepada 15 ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer.
Menurut Lim, biarpun acara makan besar nanti hanya ditemani anak lelakinya Poh Tik Heng, 71, dan menantu Fu Sek Sue, 64, serta tiga cucu yang tinggal bersamanya namun dia tetap akan menyediakan menu wajib Ayam Kam Heong yang menjadi kegemaran seisi keluarga.
"Selalunya saya akan masak 10 ekor ayam untuk menu masakan ini namun apabila ramai ahli keluarga tidak dapat balik mungkin saya masak dalam seekor atau dua ekor ayam sahaja. Baju raya pun saya tidak buat tahun ini kerana bukan sahaja sebab PKP tetapi kerana rasa sudah tua untuk ada baju raya," katanya sambil ketawa.
Lim yang berhijrah ke Terengganu dan tinggal di Kampung Cina sejak lebih 70 tahun lepas setelah mengikut mendiang suami Poh Chew Say yang bekerja membawa kapal laut, berkata sepanjang tempoh PKP ini dia tetap berhubung dengan anak, cucu dan cicitnya melalui panggilan video.
"Orang sekarang sangat bertuah, walaupun tinggal jauh tetapi hari-hari boleh jumpa (panggilan video), kalau zaman dahulu hendak tanya khabar pun perlu melalui surat yang kadang kala ambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke tangan ahli keluarga," katanya.
Ditanya harapannya sempena Tahun Baharu Cina, Lim yang masih sihat tanpa sebarang penyakit berkata beliau sentiasa berdoa semoga pandemik COVID-19 segera berakhir dan keadaan kembali seperti biasa supaya ahli keluarga dapat berkumpul semula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
Lim Seng menyiapkan pokok limau sebagai hiasan bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, meskipun tanpa kehadiran semua anak, cucu dan cicitnya pada kali ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.