Seorang wanita warga emas ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dan tangan diikat dalam kejadian di Pangsapuri PKNS di Kampung Tasik Tambahan, Ampang petang Khamis.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 85 tahun dijumpai anak keduanya ketika pulang dari tempat kerja.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata anaknya yang berusia 61 tahun tinggal bersama wanita berkenaan sejak 10 tahun lalu selepas bapanya meninggal dunia.
"Ketika kejadian, kami semua tidak mendengar sebarang jeritan di rumah berkenaan, namun kami dimaklumkan anaknya mengatakan ibunya sudah meninggal dunia."
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan kedua-dua tangannya terikat di dalam bilik tidur.
Keadaan di rumah berkenaan turut berselerak dipercayai dilakukan suspek.
Menurut anak mangsa, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada terdapat barang berharga hilang atau tidak.
Kali terakhir mangsa dilihat pada Khamis ketika dia menyapu sampah di hadapan rumah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Thu Sep 19 2019

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan kedua-dua tangannya terikat di dalam bilik tidur. -Foto Astro AWANI

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

Lelaki maut terjatuh dari roda Ferris
Seorang pengunjung lelaki berusia 39 tahun, maut setelah terjatuh dari roda Ferris melibatkan tapak 'fun fair' di Cheras Selatan pada lewat malam Rabu.

Jenazah Siti Sarah akan dikebumi di Gombak
Ketika ini, jasad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jenazah.

Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
Seorang lagi mangsa kejadian kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini disahkan masih belum berjaya dikeluarkan.

Afdlin Shauki kehilangan ayah, catatan di Instagram undang sebak
Catatan Afdlin mengenai pemergian bapanya undang rasa sebak.

Lelaki nekad terjun dari bangunan plaza di Jalan Peel
Seorang lelaki berusia lingkungan 40an bertindak nekad terjun dari tingkat 5 sebuah plaza di Jalan Peel ibu negara.

Warga emas dijumpai mati tertiarap, tangan diikat
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada terdapat barang berharga hilang atau tidak.

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Cheras
Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

'Saya terkejut bila ...' - Syafiq Farhain cerita perkembangan Saleem
Penyanyi Syafiq Farhain akui terkejut apabila diberitahu bapanya, Saleem sudah pun dibenarkan keluar hospital empat hari lalu.