awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan

Aida Aziz
Aida Aziz
06/08/2024
22:15 MYT
Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk menerima laporan berhubung kejadian cabul kanak-kanak perempuan melibatkan suspek seorang warga emas, daripada ibu mangsa, pada 6 Ogos.
BAGAN DATUK: Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah dekat Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun, di sini.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris, difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.
Menurutnya lagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa pada 6 Ogos.
"Seorang wanita warga tempatan berusia 39 tahun memaklumkan anaknya berusia 10 tahun telah dicabul oleh seorang lelaki warga tempatan yang merupakan suami kepada bekas pengasuh di sebuah rumah.
"Susulan itu, pada hari sama iaitu Selasa, jam sekitar 5 petang, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bagan Datuk berjaya menahan suspek warga emas yang dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Azizi menambah, polis memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Topic Berkaitan
#warga emas
#suami pengasuh
#IPD Bagan Datuk
#cabul kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan