awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan mati dalam kebun sawit

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2023
14:30 MYT
Warga emas ditemukan mati dalam kebun sawit
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam pada Isnin. - Sinar Harian
KLUANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.50 pagi sebelum menghubungi anggota di Balai Polis Simpang Renggam.
"Susulan itu anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke lokasi kejadian dan menemukan lelaki itu yang lengkap berpakaian berusia 64 tahun di tepi kenderaan tersebut.
"Lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia selama kira-kira tiga hari dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan mayat diserahkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kes berkenaan diklasifisasikan sebagai kematian mengejut (SD).
Pada masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam yang memaklumkan penemuan tersebut.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditemukan meninggal dunia
#kenderaan pacuan empat roda
#kebun sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan