awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan mati di bangku hentian bas

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2020
23:56 MYT
Warga emas ditemukan mati di bangku hentian bas
Seorang warga emas tanpa pengenalan diri ditemukan mati di atas bangku hentian bas MBKT. -Foto Astro AWANI
Seorang warga emas tanpa pengenalan diri ditemukan mati di atas bangku Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) pada Sabtu.
Kejadian itu disedari seorang pemandu teksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut saksi Lazim Tereha, dia yang berasa curiga dengan keadaan mangsa yang langsung tidak bergerak serta mulut berbuih, lantas menghubungi talian kecemasan.
Bagaimanapun mangsa yang dianggarkan berusia sekitar 60-an itu disahkan telah meninggal dunia.
Menurutnya, mangsa yang tidak dikenali itu dipercayai berada di stesen bas tersebut sejak dua hari lalu dan dikatakan berasal dari Kelantan.
"Jarak saya dalam 20 meter, lepas itu saya tengok mulut dia berbuih. Kemudian saya cuba dekati dia, makin banyak buih itu keluar," katanya yang kemudian bertindak menghubungi talian bantuan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#hentian bas
#Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
#Lazim Tereha
#mati atas bangku
#MBKT
#mulut berbuih
#Razmi Mohd Gunnos
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan