awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas, golongan berisiko digesa terima dos penggalak

Bernama
Bernama
21/11/2021
20:00 MYT
Warga emas, golongan berisiko digesa terima dos penggalak
Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata tindakan mereka menolak dos penggalak akan menyukarkan usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak tersebut.
"Setakat ini hampir 35,000 orang telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, namun ada kira-kira 40 peratus yang tidak hadir janji temu seperti ditetapkan dalam MySejahtera dan menyebabkan Pulau Pinang direkodkan antara lima negeri terendah penerima dos tersebut.
"Berdasarkan maklumat, ada di antara mereka yang tidak hadir itu disebabkan enggan menerima vaksin berbeza, contohnya jika dos pertama vaksin jenis Sinovac mereka nak dos penggalak juga daripada jenis yang sama (Sinovac) dan tidak mahu campur (vaksin).
"Saya minta mereka terima sahaja dos pengalak Pfizer kerana Kementerian Kesihatan (KKM) telah buat kajian berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Bantuan Pelajar COVID-19 di Icon City di sini, pada Ahad.
Pada majlis itu 111 pelajar yang kehilangan ibu atau bapa akibat wabak tersebut menerima sumbangan wang tunai hasil kutipan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Lions Club Bayan Baru.
Mengulas lanjut, Norlela berkata kerajaan negeri berusaha meningkatkan kesedaran berhubung pemberian dos berkenaan di negeri itu termasuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) dos penggalak sebagai kemudahan kepada rakyat.
Menurutnya ketika ini sebanyak 74 klinik dan lapan hospital swasta dijadikan pusat pemberian suntikan dos berkenaan, selain sebuah PPV dos penggalak di Sunshine Square di bahagian pulau yang boleh memberi sebanyak 1,500 dos sehari.
Beliau berkata bermula esok orang ramai boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 secara walk-in atau jumpa terus dan pihaknya memberi jaminan vaksin yang ditawarkan mencukupi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#dos penggalak
#golongan berisiko tinggi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan