awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas Malaysia maut kemalangan jalan raya di Narathiwat

Bernama
Bernama
05/06/2025
15:09 MYT
Warga emas Malaysia maut kemalangan jalan raya di Narathiwat
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tayar pecah pada kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa.
NARATHIWAT: Seorang warga emas rakyat Malaysia meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Narathiwat-Pattani berhampiran Daerah Yi Ngo di wilayah Selatan Thailand, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Yi Ngo, Naravi Binwaearong berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada 3 petang waktu tempatan.
"Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa telah dihantar ke Hospital Yi Ngo dan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kemalangan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Beliau memaklumkan bahawa mangsa, berusia 68 tahun, berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dan ketika kejadian, mangsa memandu sendirian.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tayar pecah pada kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa.
"Polis telah menghubungi pihak Konsulat Malaysia mengenai insiden itu, dan mayat mangsa masih berada di Hospital Yi Ngo," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Malaysia
#kemalangan
#Narathiwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan