GUA MUSANG: Seorang warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 10.10 pagi ketika mangsa M Noor Awang, 67, sedang menunggang motosikal Yamaha Lagenda di lokasi tersebut.
Beliau berkata ketika kejadian, pemandu kenderaan 4WD berusia 42 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kampung Jeram Tekoh menuju ke Kampung Baru Jeram Tekoh.
"Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar mangsa yang datang dari arah bertentangan.
"Kejadian menyebabkan mangsa diseret sejauh 7.3 meter sehingga 4WD terbabit berhenti ketika merempuh sebuah rumah di sebelah kanan jalan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Sik berkata M Noor kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Jeram Tekoh untuk rawatan, bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi akibat kehilangan darah yang banyak.
"Susulan itu, polis menahan pemandu kenderaan 4WD terbabit. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
"Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952," katanya.
Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Seorang warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, semalam. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Sekretariat Anti Fitnah ditubuhkan
Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi membanteras sikap dan amalan fitnah yang kian menjadi gejala dalam hidup masyarakat masa kini.
Anak Dr Zul layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar dan SOP
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.
Kerjasama dua hala, Zambry dijadual bertemu James Cleverly
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.

Warga emas rugi lebih RM289,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa lelaki tempatan itu telah berurusan dengan seorang wanita pada 24 Ogos lepas menggunakan Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Simpanan RM3.83 juta lesap dijerat 'scammer'
Mangsa berusia 70 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.

Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu phone scam
Wanita berusia 72 tahun itu yang merupakan seorang pesara swasta, membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam.

Penubuhan Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas - Pakar
Dr A'isyah berkata, Malaysia perlu bersedia dalam pelbagai aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Warga emas maut nahas lapan kenderaan dalam perjalanan hantar cucu ke IPT
Kemalangan yang berlaku kira-kira 4.20 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk lebih tujuh jam selepas laluan ditutup sepenuhnya.

Nelayan warga emas hilang selepas ke laut seorang diri
Seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam, selepas keluar menangkap ikan seorang diri pada jarak 1.5 batu nautika Timur Laut Kuala Pahang.

Warga emas labur RM250,000, antara mangsa penipuan skim pelaburan hartanah
Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) menerima kira-kira 80 aduan mengenai penipuan berkaitan skim pelaburan kepentingan hartanah.

PRK: Salmah mengundi kali ke-14 di Simpang Jeram meskipun berkerusi roda
Salmah merupakan warga emas yang pertama hadir dan antara 10 pengundi terawal di pusat pengundian tersebut.

Lelaki dipenjara 6 bulan gopoh tunggang motosikal, cederakan warga emas
Bagi kesalahan menunggang motosikal dengan gopoh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mencederakan, dia dijatuhi hukuman empat bulan.