IPOH: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran dua buah rumah dan sebuah tokong di Bukit Merah, Menglembu, dekat sini, pagi ini.
Mangsa, Loo Kin Chan @ Loo Kok Chan, 78, dikatakan terperangkap dalam salah sebuah rumah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.25 pagi.
“Kebakaran melibatkan dua buah rumah kelas B berkeluasan 20X60 masing-masing musnah terbakar 80 peratus dan sebuah tokong berkeluasan berkeluasan 20X60 terbakar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran hos tiga pancutan air dari pili bomba sehingga kebakaran dipadam sepenuhnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Rozaidee Kharmarulszaman tamat jam 8.55 pagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa yang juga penghuni rumah pertama yang terbakar meninggal dunia disebabkan badannya terbakar 90 peratus.
Menurutnya, terdapat dua lagi mangsa di rumah yang kedua tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pasukan penyelamat telah menjumpai seorang mangsa di rumah bernombor 1211 dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan 90 peratus anggota badan terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.24 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula dari rumah bernombor 1211 dan merebak ke rumah 1212.
Yahaya berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, kebakaran menyebabkan kedua-dua buah rumah itu musnah 80 peratus.
Menurutnya, punca kebakaran masih disiasat oleh pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 05 2022
Mangsa, Loo Kin Chan @ Loo Kok Chan, 78, dikatakan terperangkap dalam salah sebuah rumah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto JBPM
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Warga emas maut dalam kebakaran rumah, tokong di Menglembu
Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran dua buah rumah dan sebuah tokong di Bukit Merah, Menglembu, dekat sini, pagi ini.