awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut digilis lori tanah di lampu isyarat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/09/2021
04:43 MYT
Warga emas maut digilis lori tanah di lampu isyarat
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah. - Foto ihsan pembaca
SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah lori muatan tanah di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa berusia 60-an yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Lintang manakala lori yang dipandu lelaki berusia 30-an dari arah Kuala Kangsar.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.
"Apabila sampai di lampu isyarat berkenaan, motosikal mangsa telah melintas jalan menyebabkan lori terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar dan menggilis mangsa.
"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Mohd Khaizam berkata, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas
#maut
#digilis
#lori tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan