awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dihempap pokok

Bernama
Bernama
17/09/2024
15:48 MYT
Warga emas maut dihempap pokok
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Che Zakariah Che Ali, 68, beralamat di Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto APM Pahang (via Sinar Harian)
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah dalam kejadian hujan dan ribut di kawasan perkhemahan Pantai Balok, Beserah di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Che Zakariah Che Ali, 68, beralamat di Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata cucu mangsa, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq, 7, cedera pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan berada dalam keadaan stabil.
"Mangsa bersama 13 ahli keluarga menyertai aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan tersebut bermula semalam. Kira-kira 3.10 petang tadi, hujan dan angin kencang di kawasan perkhemahan dan mangsa ketika itu sedang duduk di atas kerusi di depan khemahnya.
"Tiba-tiba menantunya yang berada dalam khemah bersama isteri dan dua anaknya terdengar bunyi pokok tumbang dan semasa menyelamatkan diri terlihat mangsa telah dihempap pokok dan mereka cuba mengalihkannya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Pokok tumbang
#dihempap pokok
#Pantai Balok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan