MANJUNG:Seorang lelaki warga emas maut apabila secara tiba-tiba dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang ketika menunggang motosikal berdekatan Lorong Wawasan 2, Kampung Bakar Ayer Tawar, di sini pada Rabu.
Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Saleh Mat Ali, 69, cedera parah di bahagian pinggang akibat tersepit di antara pokok sawit sebesar pemeluk dan motosikal yang ditunggangnya.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi.
"Apabila anggota bomba sampai di tempat kejadian mendapati sebatang pokok kelapa sawit yang agak reput telah tumbang menghempap mangsa ketika menunggang motosikal.
"Mangsa kemudiannya disahkan maut oleh pegawai perubatan yang ada di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, anggota bertindak memotong pokok tersebut kepada bahagian yang kecil dan memindahkan ke tempat selamat.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat pada pukul 8.41 pagi.
Aida Aziz
Wed Nov 25 2020

Mangsa Mohd Saleh Mat Ali, 69, cedera parah di bahagian pinggang akibat tersepit di antara pokok sawit sebesar pemeluk dan motosikal yang ditunggangnya. - Gambar ihsan BOMBA

Abang Johari umum BKSS 5.0 petang ini, bantuan untuk rakyat Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 dalam usaha memacu ekonomi negeri dan rakyat Sarawak.

AWANI Pagi: Memahami COVID-19 dan kesannya kepada bayi
Apakah yang perlu kita tahu mengenai jangkitan terhadap golongan ini. Dan bersama kami di talian skype pada ketika ini adalah, Pakar Pediatrik Neonatologi UIAM, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli | Datuk, rakan didakwa serang pelanggan

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli Perak | Geng samun warga asing tumpas
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8314689791611189816411/1886516_8967789641611189833391_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

AWANI Ringkas: COVID-19: Kes positif kini lebih 96 juta | New York kehabisan bekalan vaksin

Jenayah | Datuk, rakan serang pelanggan didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, hari ini. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Judi atas talian | Empat ahli sindiket judi dalam talian ditahan
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, ibu negara sebagai pusat panggilan. Serbuan pada 5 petang pada Rabu dilakukan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Warga emas maut, motosikal dilanggar kereta dipandu pelajar sekolah
Mangsa, A. Erriah, 66, yang beralamat di Jalan Chui Chak, Langkap, maut di tempat kejadian.

Warga emas maut dihempap pokok sawit
Seorang warga emas maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang menunggang motosikal di sebuah ladang di Kampung Bakar Bata, dekat Ayer Tawar.

Warga emas maut kenderaan dipandu anak terlibat kemalangan
Seorang warga emas meninggal dunia selepas kereta yang dipandu anaknya terbabit dalam kemalangan di KM89.2 Jalan Kota Bharu-Gua Musang.

Warga emas maut motosikal terjunam ke dalam tali air
Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Kampung Jenerih Bongkok, Pulai Chondong, pagi tadi.

Warga emas maut dihempap rak besi
Seorang wanita warga emas maut selepas dihempap rak besi kosong setinggi 1.5 meter di sebuah bengkel kereta di Taman Desa Impian, dekat Kulim, Kedah pada Ahad.

Kereta terbabas dalam longkang, suami isteri warga emas maut
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Warga emas maut kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Keningau-Tenom, petang Sabtu.

Warga emas rentung dalam insiden kebakaran lima buah rumah di Putatan
Pihak JBPM menerima panggilan pada jam 2.54 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Ajal sampai ketika jemput isteri pulang kerja
Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan motosikal lain di jalan Kampung Kok Keli, Palekbang di sini pada Rabu.

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga
Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam.