awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dihempap pokok tumbang

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2015
10:46 MYT
Warga emas maut dihempap pokok tumbang
Pihak bomba bertindak memotong beberapa bahagian dahan pokok yang tumbang sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit ditempat memandu. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki berusia sekitar 60- an maut apabila dahan sebatang pokok ru yang berada di bahu sebatang jalan tumbang dan menghempap van yang dipandunya.
Menurut saksi, mangsa yang dikenali sebagai Pak Cik Khamis berasal dari Kampung Ayer Hangat, Langkawi dikatakan dalam perjalanan melalui Persiaran Putra di sini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Khamis dikatakan turut menyebabkan bunyi dentuman yang kuat hingga kedengaran di kawasan Jeti Kuah yang berada kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Nor Mazlan Mohamed yang mengesahkan kejadian, seramai lapan anggota, dua Jentera FPT Persiaran Putra 1 dan Jentera EMRS Langkawi dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan orang ramai.
Pihak bomba bertindak memotong beberapa bahagian dahan pokok yang tumbang sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat memandu.
Bagaimanapun, keempat-empat penumpang lain yang berada di dalam van yang digunakan sebagai teksi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa pihak polis ke Hospital Besar Langkawi untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Langkawai
#maut
#Nor Mazlan Mohamed
#terhempap
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan