awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dipukul selepas tegur anak buat bising

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2023
03:50 MYT
Warga emas maut dipukul selepas tegur anak buat bising
Suspek yang merupakan lelaki berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian manakala pisau serta kapak disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas. - Gambar hiasan
MUAR: Seorang wanita warga emas maut dipukul dengan senjata dipercayai pisau dan kapak selepas menegur anaknya yang membuat bising di rumah mereka di Taman Temiang, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan senjata tajam antara dua beranak itu pada jam 8.20 malam Ahad.
"Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa seorang wanita warganegara tempatan berumur 73 tahun terbunuh di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala serta leher.
"Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk dibedah siasat.
Katanya, suspek yang merupakan lelaki berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian manakala pisau serta kapak disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan membawa hukuman mati," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh warga emas
#anak bunuh ibu
#Muar
#tegur bising
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan