awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut jatuh pokok kelapa setinggi 20 meter

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2023
23:00 MYT
Warga emas maut jatuh pokok kelapa setinggi 20 meter
Polis mengangkat mayat warga emas yang dipercayai terjatuh pokok kelapa. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Jal Kechik, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, dijumpai terbaring di tepi pokok itu oleh seorang pemilik kebun.
Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, mangsa mengambil upah memanjat dan mengutip buah tersebut pada hari berkenaan.
“Saya terima panggilan telefon mengatakan mangsa terjatuh dan bergegas pulang dari tempat kerja.
“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terbaring dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba selepas dihubungi penduduk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat oleh pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.
“Mayat selesai dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jal Kechik, Tumpat pada petang ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#pokok kelapa
#terjatuh
#Abdul Mutalib Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan