awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kenderaan dirempuh pemandu positif dadah

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
21/03/2022
09:35 MYT
Warga emas maut kenderaan dirempuh pemandu positif dadah
Seorang warga emas maut selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 66 Jalan Kota Bharu, Gua Musang di sini, pagi tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA KRAI: Seorang warga emas maut selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 66 Jalan Kota Bharu - Gua Musang di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Suzaimi Mohamad, kemalangan yang berlaku sekitar pukul 9.30 pagi itu mengorbankan pemandu berusia 70 tahun manakala dua penumpang lain yang berada dalam kereta jenis Proton Waja mengalami kecederaan.
Siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang pemuda berusia 31 tahun dikatakan terbabas memasuki laluan bertentangan.
"Kereta jenis Perodua Myvi dari arah Machang menghala ke Kuala Krai manakala kereta yang dinaiki tiga lelaki dari arah bertentangan.
"Kedua dua kereta berkenaan bertembung dengan pemandu kereta Proton Waja itu meninggal dunia di tempat kejadian" kata Suzaimi dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Ujian air kencing ke atas pemandu Perodua Myvi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amp.
Kereta yang dipandu pemuda itu juga membawa mercun yang nilainya masih belum ditaksirkan lagi.
Menurut Suzaimi lagi, suspek turut mengalami kecederaan dengan patah kaki sebelah kanan.
Suspek kini ditahan di wad hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kemalangan
#pemandu positif dadah
#Jalan Kota Bharu - Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan