awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2023
03:15 MYT
Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terjunam ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2 di Kuantan pada awal pagi Ahad. - Foto Facebook Polis Trafik Kuantan
KUANTAN : Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2, di sini, pada Ahad.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.35 pagi itu, mangsa, Cheong Chee Seng, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari arah Beserah menghala ke Semambu.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh meter yang berada di persimpangan Jalan Air Putih 2 ke Jalan Air Putih 5.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kereta terbabas
#jatuh dalam longkang
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan