Skip to main content

Dunia

Iran tangguh pengebumian negara untuk Khamenei - Laporan

Shi'ite Muslims holds a photo of Iran's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, during a demonstration following his death during Israeli and U.S. strikes on Saturday, in Magam town, Central Kashmir, Indian Kashmir, March 3, 2026.REUTERS/Sharafat Ali
Penganut Syiah memegang gambar Ayatollah Ali Khamenei di bandar Magam, Kashmir Tengah, Kashmir, India, pada Selasa lalu. - Gambar Reuters

TEHRAN: Iran mengumumkan bahawa pengebumian negara untuk pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadualkan berlangsung pada petang Rabu (4 Mac) di Tehran, telah ditangguhkan “berikutan jangkaan kehadiran yang luar biasa,” lapor televisyen negara.

“Upacara perpisahan untuk Imam yang syahid telah ditangguhkan. Tarikh baharu akan diumumkan kemudian,” lapor televisyen Iran pada Rabu selepas Khamenei, 86, terbunuh dalam serangan AS-Israel pada hujung minggu.

Advertisement

Pada pagi Rabu, pihak berkuasa sebelum itu memaklumkan, satu acara penghormatan akan diadakan pada petang yang sama di Tehran sebelum jenazah Khamenei dikebumikan di kota suci Mashhad, tempat asalnya.

Sejak Sabtu, serangan bertubi-tubi melanda Tehran, dengan peluru berpandu menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kerajaan.

Pihak berkuasa tidak mengaitkan penangguhan itu dengan situasi keselamatan.

Penangguhan itu sebahagiannya disebabkan oleh “jangkaan penyertaan berjuta-juta orang dan keperluan menyediakan infrastruktur yang sesuai” untuk jumlah kehadiran sebesar itu, kata Mohsen Mahmoudi, ketua Majlis Penyelarasan Pembangunan Islam Tehran, badan yang menguruskan acara tersebut, kepada TV negeri. - Agensi
 

Must Watch Video