awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan

Bernama
Bernama
17/10/2024
01:30 MYT
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Seorang lelaki warga emas maut ketika hendak melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Bahau- Kemayan, di Jempol, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Bahau-Kemayan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika seorang wanita berusia 55 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang seorang lelaki warga emas dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.
"Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#warga emas maut
#basikal elektrik
#Jempol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan