awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas nyaris dihempap tangki air dalam kejadian ribut

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2022
23:00 MYT
Warga emas nyaris dihempap tangki air dalam kejadian ribut
Keadaan rumah Noorazaliah selepas kejadian ribut pada petang Ahad. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Seorang warga emas nyaris dihempap tangki di bilik air rumahnya dalam kejadian ribut yang berlaku di Lorong Pengkalan Gelong, Titi Gajah, dekat sini pada petang Ahad.
Noorazaliah Azizan, 65, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air namun bersyukur tangki air itu jatuh di bilik air bersebelahannya.
"Kejadian berlaku cukup pantas, tiba-tiba tangki air telah jatuh di sebelah bilik air satu lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, kejadian ribut tersebut menyaksikan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin dan kejadian itu adalah paling teruk berlaku malah disaksikan oleh mereka.
Semasa kejadian ribut itu, suami Noorazaliah, Rosli Jaafar berada di ruang tamu manakala anak bongsu, Muhammad Fitri Rosli, 24, tahun berada di dalam bilik.
Sementara itu, anak sulungnya, Nurul Nadiah Rosli, 34, yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, waktu kejadian, dia berada di tempat kerja.
Noorazaliah membersihkan bahagian dapur rumahnya di Lorong Pengkalan Gelong, Titi Gajah, Alor Setar selepas kejadian ribut pada petang Ahad.
Noorazaliah membersihkan bahagian dapur rumahnya di Lorong Pengkalan Gelong, Titi Gajah, Alor Setar selepas kejadian ribut pada petang Ahad.
"Saya bersyukur kerana tiada perkara tidak berlaku ke atas keluarga. Pihak berkaitan seperti penghulu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun hadir.
"Saya berharap akan ada bantuan dihulurkan terutamanya untuk membaiki bumbung rumah kami. Selain kami, ada tiga empat buah lain lagi juga turut rosak akibat ribut ini," ujarnya.
Akibat insiden tersebut, Noorazaliah sekeluarga menumpang sementara di rumah jiran dan jumlah kerugian dialami masih belum dapat dipastikan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nyaris dihempap tangki bilik air
#Noorazaliah Azizan
#ribut di titi gajah
#Lorong Pengkalan Gelong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan