awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas OKU maut, kakak cedera dalam kebakaran di Kerian

Bernama
Bernama
22/10/2022
02:45 MYT
Warga emas OKU maut, kakak cedera dalam kebakaran di Kerian
Seorang wanita warga emas maut manakala kakaknya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi. -JBPM
IPOH: Seorang wanita warga emas maut manakala kakaknya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan dua beradik Orang Kurang Upaya (OKU) itu pada 5.42 pagi.
Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Ah Nya, 69, dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan bersama kakaknya Tan Boy Soo, 74.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah (yang terbakar) sebanyak 20 peratus dan wanita itu disahkan maut oleh pihak perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dibantu pasukan dari Kuala Kurau membuat pemadaman sisa kebakaran sepenuhnya dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 7.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#OKU
#Kampung Teluk
#adik beradik warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan