awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas parah ditetak dengan parang

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2024
09:32 MYT
Warga emas parah ditetak dengan parang
Seorang warga emas parah ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda di sini pada Selasa. -Gambar hiasan
GERIK: Seorang warga emas parah ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang itu, mangsa berusia 68 tahun dan bekerja sebagai nelayan darat mengalami luka akibat kesan tetakan dan patah tulang lengan kiri.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama anak perempuannya sebelum dihampiri suspek yang datang menunggang motosikal.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek berusia 54 tahun dan mengenali mangsa bertindak masuk ke dalam rumah lalu menyerang mangsa dengan melibas parang.
"Libasan senjata tersebut telah terkena tangan kiri mangsa.
"Melihat keadaan itu, anak mangsa melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap pada hari sama kejadian dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis heroin.
Katanya, suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 3 September depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
"Ketika serangan berlaku, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#parah ditetak parang
#kampung air ganda
#patah tulang lengan kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan