awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
10:24 MYT
Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Seorang wanita warga emas yang mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri selepas rumahnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada Jumaat, disahkan meninggal dunia pada hari sama. -Foto Sinar Harian
JELEBU: Seorang wanita warga emas yang mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri selepas rumahnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada Jumaat, disahkan meninggal dunia pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
"Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mangsa patah tulang pinggul selepas kediamannya di rempuh MPV dalam kejadian pada jam 12.58 tengah hari Jumaat.
Pemandu MPV yang merupakan seorang guru berusia 43 tahun mengalami kecederaan lebam dada kiri dan lebam peha kiri.
Siasatan awal polis mendapati MPV dipandu wanita itu dari arah Serting Ulu menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri, Jelebu terbabas masuk ke bahu jalan sebelah kanan sebelum melanggar sebuah rumah ketika melalui jalan di Kilometer 40 Jalan Peradong.
Akibat kejadian itu mangsa yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri.
Rumah mangsa pecah di bahagian dinding hadapan, manakala MPV mengalami kerosakan bahagian hadapan kanan remuk dan cermin pecah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rahimah Abdul Majid
#Hospital Tuanku Jaafar
#rumah dirempuh MPV
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan