KUANTAN: Dijanjikan keuntungan lumayan sebanyak RM84,400 hanya dalam tempoh tiga hari mendorong seorang wanita warga emas menyertai skim pelaburan saham yang diiklankan melalui media sosial pada Selasa minggu lalu.
Malangnya, keuntungan yang dijanjikan gagal diterima malah wanita berusia 62 tahun itu terpaksa menanggung kerugian RM84,776.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, skim pelaburan itu dipercayai tidak wujud sebaliknya iklan tersebut hanya umpan 'scammer' untuk memerangkap mangsa.
Menurutnya, mangsa yang juga seorang pesara tertarik dengan pelaburan itu lalu segera menghubungi ejen pelaburan bernama Nor Atikah melalui aplikasi Whatsapp untuk maklumat lanjut.
"Mangsa diminta membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM1,500 untuk menyertai pelaburan saham tersebut.
"Selain bayaran pendaftaran, mangsa juga minta membuat pelbagai bayaran lain termasuk kos proses.
"Teruja dengan keuntungan dijanjikan, mangsa telah membuat 13 transaksi bayaran melalui lima akaun bank atas nama individu berbeza dalam tempoh dua hari dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM84,776," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Mohd Wazir berkata, selepas membuat pemindahan wang, mangsa gagal menerima sebarang bayaran sebagaimana yang dijanjikan sehingga kini.
"Syak telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut pada Isnin untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Mohd Wazir berkata, usaha mengesan pemilik lima akaun bank yang digunakan dalam kes itu turut dijalankan bagi membantu siasatan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022

Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM84,776 akibat terpedaya pelaburan saham tidak wujud. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kanak-kanak 6 tahun hilang sejak Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.
AWANI Ringkas: Setahun kepimpinan Kerajaan Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius
Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer timur Moscow, diselubungi awan beku dan kabus.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya.

Gandingan Hon Jian-Muhammad Haikal mampu kekal lama – Wooi Yik
Pencapaian dilakar Hon Jian dan Muhammad Haikal dalam kejohanan di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das merupakan permulaan baik bagi mereka untuk kekal bersama.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.

Peguam kes i-Serve, MYAirline dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang peguam dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat lepas.

Polis minta pelabur i-Serve tampil buat laporan
Laporan yang dibuat membantu polis lakukan siasatan terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.

Scammer menyamar syarikat telekomunikasi tawar bil percuma
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan modus operandi penipuan terbabit.

Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko - Polis
Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian.

Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.

Pengurus bank disyaki seleweng duit pelanggan dituduh hari ini
Polis Daerah Klang Selatan menerima 47 laporan dengan kerugian mencecah RM14 juta melibatkan suspek sama.

Dua suspek ditahan tipu perunding kewangan lebih RM600,000 - Polis
Kedua-dua suspek yang merupakan dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang pada tengah hari Khamis.

Polis tahan pasangan suami isteri disyaki dalang pemalsuan kad pengenalan
Polis Selangor menahan sepasang suami isteri yang disyaki menjadi dalang kepada sindiket pemalsuan kad pengenalan, sijil kelahiran dan geran kenderaan di Petaling Jaya semalam.

Pesara kerajaan rugi RM373,000 ditipu Macau Scam
Seorang pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November lepas.

Warga emas rugi RM84,776 terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Malangnya, keuntungan yang dijanjikan gagal diterima malah wanita berusia 62 tahun itu terpaksa menanggung kerugian RM84,776.