Seorang warga emas yang ingin mengambil wuduk terkejut apabila bahagian bilik mandi di rumahnya dinaiki air ekoran hujan lebat di daerah itu sejak semalam.
Mangsa Piah Matnor, 72 tahun berkata, sebaik sahaja menyedari air mulai naik, dia bergegas mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh.
Katanya, usai solat, dia segera mengejutkan beberapa ahli keluarga sebelum menunggu bantuan agensi penyelamat.
"Pada subuh tadi, makcik pergi ke bilik untuk mengambil air sembayang dan melihat air telah mulai naik di bilik mandi."
"Makcik jadi kelam kabut kerana air naik dengan cepat, ditambah lagi lokasi rumah makcik berhampiran dengan sungai dan ketika kami dipindahkan air telah sampai ke paras pinggang," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Membakut di sini malam tadi.
Selain itu, seorang murid darjah lima dari SK Pekan Membakut Arissa Nurasyiqin Jamludin turut berkongsi rasa sedih kerana tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran.
"Saya berasa sedih kerana tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran dan berjumpa dengan kawan-kawan tetapi saya redha dan serahkan kepada tuhan sahaja," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata, seramai 246 mangsa banjir dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir kilat yang berlaku di daerah ini, setakat jam 7.30 malam tadi.
Menurutnya, proses pemindahan masih giat dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi dan jabatan berkaitan.
"Situasi banjir pada kali ini melibatkan 18 buah kampung dan 84 buah keluarga yang telah dipindahkan di dua PPS.
"Ketika ini dari aspek bekalan bantuan makanan dan keperluan lain mencukupi serta tidak ada masalah timbul.
"Cuma pagi tadi kita mengalami kekurangan logistik untuk membawa mangsa keluar dari lokasi terjejas tetapi telah berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui media di pusat pemindahan sementara mangsa banjir, hari ini.
Antara kampung yang terjejas dengan kejadian berkenaan adalah Kampung Jambatan Baru, Kampung Papas, Kampung Kayai, Kampung Limadang, Kampung Brunei, Kampung Lampuas, Kampung Takapan, Kampung Pusak, Kampung Baitam dan Kampung Dungau.
Kejadian berkenaan turut menyebabkan tujuh buah sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Kampung Bambangan, SK Lago, SK Jabang, SK Lembah Poring, SK Tamalang dan SK Sikono.
Ruzaini Zulkepli
Wed Jan 03 2018
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tragedi bot terbalik: SAR hari ketiga disambung jam 6 pagi ini
Pencarian yang masuk hari ketiga hari ini akan diperluaskan ke radius 324 batu nautika persegi dari tempat bot tersebut ditemukan.
Warga emas sempat ambil wuduk, solat subuh ketika air mulai naik
Seorang warga emas yang ingin mengambil wuduk terkejut apabila bahagian bilik mandi di rumahnya dinaiki air ekoran hujan lebat di daerah itu sejak semalam.
Banjir: Operasi menyelamat dan pengurusan PPS di tahap terbaik
Sejak gelombang pertama banjir musim tengkujuh melanda negeri ini Sabtu lepas, lebih 13,000 orang dipindahkan ke 100 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan di negeri ini.
Tangani banjir secara bersepadu - Zambry
Satu pelan menyeluruh bagi mengendalikan masalah banjir wajar dirangka dengan mengambil kira semua aspek terutama keselamatan dan kebajikan mangsa.