awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas sesak nafas dalam pesawat, meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/03/2019
21:17 MYT
Warga emas sesak nafas dalam pesawat, meninggal dunia
Siasatan awal polis mendapati warga emas yang sesak nafas itu menghidapi penyakit buah pinggang, kencing manis serta tekanan darah tinggi. - Gambar hiasan
Hasrat seorang warga emas menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Hulu Langat, Selangor tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia setelah sesak nafas ketika berada dalam pesawat yang menunggu masa untuk berlepas dari Lapangan Terbang Tawau pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika kejadian, Kassim Kastubi, 59, bersama 11 anggota keluarganya berada dalam pesawat AirAsia untuk ke Kuala Lumpur.
Katanya ketika sedang duduk di dalam pesawat itu pada 3.55 petang, anak saudaranya menyedari mangsa dalam keadaan sesak nafas.
"Anak saudara lelaki itu kemudian memaklumkan kepada anak kapal bertugas dan bantuan pernafasan serta bantuan oksigen diberikan sebelum Kassim dikejarkan ke Klinik Kesihatan Balung.
"Kassim kemudian disahkan meninggal dunia oleh seorang pegawai perubatan klinik itu," kata Fadil dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Fadil berkata, siasatan awal mendapati warga emas itu yang tinggal di Taman Ria 3 di sini menghidapi penyakit buah pinggang, kencing manis serta tekanan darah tinggi dan juga pernah menjalani pembedahan di kaki kanan kerana penyakit kencing manis yang dialaminya.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadil Marsus
#Hulu Langat
#Kassim Kastubi
#kematian mengejut
#Ketua Polis Daerah Tawau
#Klinik Kesihatan Balung
#Lapangan Terbang Tawau
#pesawat
#pesawat AirAsia
#sesak nafas
#Tawau
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan