awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas tak serik ditahan kes curi, pecah cermin kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2023
03:50 MYT
Warga emas tak serik ditahan kes curi, pecah cermin kereta
Beh Eng Lai menunjukkan gambar barangan yang dirampas. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang memiliki 17 rekod jenayah lampau dan pernah beberapa kali ditahan seolah-olah tidak serik apabila sekali lagi dia ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah cermin kereta di Jinjang, di sini, pada 11 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai akauntan mendakwa dia kehilangan dua buah komputer riba serta wang tunai bernilai RM11,000 setelah cermin keretanya dipecahkan oleh penjenayah.
"Bertindak atas risikan dan siasatan, kita memberkas dua suspek berusia 64 dan 29 tahun secara berasingan di Jinjang Selatan dan Rawang pada Jumaat dan Sabtu lalu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program di Pasar Pagi Kepong sempena Tahun Baru Cina, di sini, pada Selasa.
Eng Lai berkata, susulan daripada tangkapan itu, pihaknya merampas 11 buah komputer riba, dua buah telefon bimbit, tiga keping kad Touch 'n Go, berjumlah RM3,500.
"Hasil siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dia akan menunggu dan memerhati mangsa yang datang meletakkan kenderaan berhampiran kedai makan.
"Suspek kemudian akan mengumpil cermin pintu belakang kereta dengan menggunakan pemutar skru lalu membuka pintu kereta dan mengambil beg komputer riba yang diletakkan di dalam kereta tersebut," katanya.
Beliau berkata, lelaki warga emas tersebut akan menjual komputer riba itu kepada suspek berusia 29 tahun yang juga peniaga kedai telefon bimbit dan komputer di sebuah pusat beli belah di Jinjang, Kuala Lumpur.
"Polis Sentul berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes curi komputer riba dalam kereta di daerah ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Beh Eng Lai
#warga emas
#pecah cermin kereta
#penjenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan