KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Paya Keladi, Paya Keladi Hujung, di sini, tengah malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Hashim Mohd Ali, 70 tahun, yang tinggal seorang diri, dikatakan terperangkap di dalam rumah ketika api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan diri.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.44 malam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Kepala Batas.
“Setibanya di lokasi, kami dapati terdapat sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 20×40 kaki persegi (6×12 meter persegi) terlibat dalam kebakaran itu.
“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran itu pula adalah sebanyak 60 peratus. Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 70 tahun meninggal dunia," katanya.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 12.19 tengah malam.
Astro Awani
Sat Nov 12 2022

Kebakaran tengah malam tadi melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 2040 kaki persegi yang dihuni seorang warga emas yang tinggal sendirian. - Foto PGO
![AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015601/19199450371679743330068_640x360.jpg)
AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 25 Mac 2023 : MYAirline terokai penerbangan ke Pontianak Aplikasi jejak Asnaf mudahkan Tabung Baitulmal Sarawak Hospital Tawau sasar 100 pain darah #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

Warga emas tinggal seorang diri maut dalam kebakaran
Hashim dikatakan terperangkap di dalam rumah ketika api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan diri.