awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ugut pekerja restoran guna pisau

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2021
22:15 MYT
Warga emas ugut pekerja restoran guna pisau
Seorang pekerja restoran diugut bunuh menggunakan pisau pemotong sayur oleh seorang warga emas dalam kejadian di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras pada Jumaat. -Gambar hiasan
Seorang pekerja sebuah restoran menempuh detik menakutkan apabila diugut bunuh menggunakan pisau pemotong sayur oleh seorang warga emas dalam kejadian di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila suspek bertemu mangsa di lokasi kejadian dengan membawa sebilah pisau pemotong sayur.
"Suspek telah memarahi dan mengugut untuk membunuh mangsa kerana mangsa menegur perbuatan suspek yang sering membuang air serta sampah dari atas restoran.
"Siasatan awal mendapati suspek menyewa rumah di atas restoran dan sering membuang air serta sampah dari rumahnya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, polis telah mengenal pasti suspek yang berumur 60 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian ini.
"Tndakan selanjutnya sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#Idzam Jaafar
#Taman Cheras
#pisau pemotong sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan