awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Filipina ditahan beli barangan kemas guna kad bank pesara

Bernama
Bernama
09/01/2023
20:00 MYT
Warga Filipina ditahan beli barangan kemas guna kad bank pesara
Polis menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, 'gold bar' dan rantai emas ditahan di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail dekat sini, Selasa lepas.
Beliau berkata warga emas berusia 85 tahun itu menyedari telah ditipu suspek setelah membuat semakan terperinci terhadap penyata bank akaun miliknya di cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail pada 20 Dis lepas.
"Mangsa mendapati terdapat penolakan wang mulai September hingga Disember 2022 bagi tujuan jualan secara debit yang dianggarkan berjumlah RM47,940.61," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Amihizam berkata suspek telah menjual barangan terbabit di sekitar ibu negara dan wang hasil jualan telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadinya.
"Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga filipina
#kad bank
#pesara
#Polis Daerah Brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan