awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Kapal KD Lekiu negatif tapisan kesihatan kedua COVID-19

Bernama
Bernama
10/03/2020
13:45 MYT
Warga Kapal KD Lekiu negatif tapisan kesihatan kedua COVID-19
Tapisan kesihatan kedua terhadap lebih 150 pegawai dan anggota KD Lekiu mendapati kesemua mereka negatif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Tapisan kesihatan kedua terhadap lebih 150 pegawai dan anggota Kapal Diraja (KD) Lekiu yang tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dari Pangkalan Kota Kinabalu semalam mendapati kesemua mereka negatif COVID-19.
Menurut Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, tapisan kesihatan kedua semalam dijalankan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia bersama dengan Kementerian Kesihatan.
"Berikutan itu semua warga KD Lekiu yang dikuarantin di kapal sebelum ini akan dibenarkan pulang bertemu keluarga masing-masing setelah dipersetujui dan didapati selamat oleh Kementerian Kesihatan," kata Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: COVID-19: Lebih 150 pegawai, anggota KD Lekiu dari Korea diuji
Kenyataan itu turut memetik Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah sebagai berkata TLDM amat prihatin terhadap kesihatan warga kapal terutama ketika menjalankan sesuatu misi dan menyifatkan isu COVID-19 ditangani secara profesional.
KD Lekiu berlepas dari Pangkalan Kota Kinabalu pada 5 Feb untuk mengiringi kapal tangki Petronas Floating Liquefied Natural Gas 2 (PFLNG 2) ke Jeti Samsung Heavy Industries (SHI) di Busan, Korea Selatan pada 12 Feb sebelum belayar kembali ke tanah air pada 18 Feb.
Tapisan saringan pertama COVID-19 ke atas semua pegawai dan anggota KD Lekiu telah dijalankan sebaik kapal itu tiba di Pangkalan Kota Kinabalu pada 5 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#KD Lekiu
#Markas Pemerintahan Armada Barat
#Pangkalan TLDM Lumut
#tapisan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan