KUALA LUMPUR:Terlantar sakit di katil hospital bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga selama enam bulan bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.
Apa lagi terasing di negara luar tanpa seorang pun ahli keluarga atau kenalan yang dapat hadir menemani atau menjenguk untuk bertanya khabar.
Demikian nasib seorang rakyat Malaysia, Khaidir Abu Jalil, 34, yang melalui lara kesunyian dan meratapi kesakitan sendirian di Hospital St Vincent’s, Sydney, Australia sejak setengah tahun lalu.
Disahkan menghidap dermatomyositis oleh doktor yang merawatnya, portal berita The Sydney Morning Herald melaporkan, Khaidir menghidap penyakit autoimun yang jarang berlaku itu dengan peluang untuk hidup pada kadar 50 peratus.
Apa yang menyedihkan, tidak pernah ada walau seorang kenalan yang menziarahinya sepanjang dirawat di hospital berkenaan.
Dia tidak mengenali sesiapa di kota itu dan keluarganya pula jauh di Malaysia yang tidak dapat diakses sama ada melalui telefon atau internet, lapor portal itu.
“Kami terkejut kerana usianya hanya 34 tahun, prognosisnya sangat lemah, disebabkan terlalu sakit dia menjalani rawatan intensif dan tiada seorang pun pelawat yang dapat bersama-sama dengannya,” kata Dr Laila Girgis, Ketua Reumatologi Hospital St Vincent’s kepada portal berkenaan.
Keterasingan Khaidir mencetuskan kebimbangan dalam kalangan doktor yang merawatnya kerana bimbang situasi itu akan menyebabkan dia lambat pulih.
Dalam masa sama, doktor-doktor juga memaklumkan belum pernah mereka merawat pesakit yang bersendirian.
Menurut Dr Girgisg, Khaidir mula sakit pada Februari lepas, namun, bekas jurutera itu hanya mula mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sekitar lima bulan kemudian.
Dan sejak bulan Februari juga, berat badan Khaidir susut separuh daripada berat asalnya sehingga 42 kilogram manakala suhu badan lelaki itu pula mencecah 40 darjah Celsius setiap hari.
Kesan daripada penyakit yang dideritainya, tangan dan siku Khaidir dipenuhi kesan luka nekrosis atau disebut ‘Gottron papules’yang menyebabkan luka hitam dan memeritkan.
“Kesan lain ialah paru-paru Khaidir terjejas dan sudah beberapa kali terpaksa dikenakan resusitasi ketika di unit rawatan rapi (ICU),” kata Dr Girgis kepada The Sydney Morning Herald lagi.
Kata Dr Girgis lagi, keadaan Khaidir agak kritikal dan teruk ketika dia tiba dari sebuah hospital lain.
Menurut portal itu, Khaidir ada memberitahu dia kehilangan pekerjaan sebagai jurutera pembinaan di Melbourne ekoran wabak COVID-19 melanda.
Apa yang membuatkan hidupnya lebih sulit ialah status visanya tidak diketahui sekali gus menyebabkan dia menjadi gelandangan ekoran kontrak sewa pangsapurinya tamat.
Pandemik COVID-19 juga membuatkan hidupnya semakin melarat apabila tiada keluarga atau rakan yang boleh mengunjunginya di sana.
Khaidir dilaporkan berkunjung ke Australia untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya di Malaysia.
Selepas enam bulan dirawat di hospital berkenaan, Khaidir dilaporkan semakin pulih.
Dalam wawancara dengan wartawan portal berkenaan, Khaidir berkata, dalam usaha mengumpul semangat dan kekuatan berjuang, dia sering melihat swafoto (selfie) dirinya yang dirakamkan ketika sakit.
“Saya tidak mahu terus begitu (sakit). Untuk motivasi, saya lihat gambar yang saya ambil sebelum ini. Saya mahu teruskan kehidupan. Dalam gambar itu saya (kelihatan) sangat sakit dan terlalu kurus,” kongsi Khaidir.
Khaidir dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada Hari Krismas ini, namun masa depannya tidak menentu sekalipun dia semakin pulih.
Dia hanya mempunyai masa dua minggu untuk tinggal di rumah perlindungan gelandangan yang dikendalikan oleh St Vincents di Darlinghurst.
Astro AWANI telah berhubung dengan pejabat perwakilan Malaysia di Canberra, Australia bagi mendapatkan perkembangan terkini Khaidir dan sedang menanti maklum balas.
Agensi
Thu Dec 24 2020
Foto yang dirakamkan The Sydney Morning Herald menunjukkan Khaidir Abu Jalil sedang menerima rawatan di Hospital St Vincents, Sydney, Australia. - Foto The Sydney Morning Herald
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Peguam lelaki kes bekal senjata api warga asing tarik diri
Peguam kepada seorang lelaki disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel, Mac lalu menarik diri daripada mewakilinya bagi kes berkenaan.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah bernilai RM3.7 juta di Maldives
Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives.
Dua warga emas Malaysia berbasikal ke China
Dua warga emas membuktikan bahawa usia hanyalah angka apabila mereka memulakan perjalanan epik berbasikal dari Malaysia ke China dalam usaha mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.
PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Perdana Menteri meminta Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini.
Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
11 orang termasuk tiga rakyat Malaysia ditahan polis Indonesia kerana seludup PATI
Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.
Wisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan
Mereka terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya yang merupakan warga Malaysia manakala suami warga Sudan.
Pergolakan di Sudan: Dua warga Malaysia dibawa keluar
Dua warga Malaysia berjaya dibawa keluar ke lokasi selamat di Khartoum, Sudan.